glitter

NUR AMIRAH

Thursday, October 14, 2010

14 Oktober 2010



Hidayah, Fatin budak asrama,
Berkepit sana-sini bersama-sama;
Asyihawani comel dan bergaya,
Kawannya Nisak baik punya.
Bijak otaknya tak nampak di luar,
Farhana orangnya sporting giler;
Fatin Atiqah tinggi kawan member,
Suka baca novel cinta ajer.
Aktif bersukan aktif berkata,
Bergaya sakan Fitrah orangnya;
Pelukis kartun kreatif idea,
Siapa lagi, Syuhadah la.
Lemah lembut tutur katanya,
Sopan budinya Rodziah yang empunya;
Rakan sejawat comel berceloteh,
Bijaknya si Ezzati Salleh.
Fatin Nabila pelajar baru,
Bekas student SMK Agama;
Radhiah asyik kata tak tahu,
Hai, moga Allah sentiasa bersama.
Kumpulan K-On diberi nama,
Ellya leader bijak berkata;
Nak kata saya ni kawan dia,
Selalu bergaduh namun baik semula.
Syafiqah kulitnya putih gebu,
Sering bersin itulah tabiatnya,
Isyah penyabar lagi pemalu,
Namun dalam diam, ganasnya.
Zaki si muslimin berkaca mata,
Aidil selalu buat taik mata;
Abu pelawak lagi peramah,
Firdaus bijak ICT hahaha.
Hafizi diam tidak berkata,
Sering kemana bersama Anuar;
Asyraf budaknya memang selamba,
Irfan dan Abdillah selalu keluar.
Begitulah ia kisah kami semua,
3 KAA 1 dalam dunia;
SMK Tun Habab inspirasi kita,
Jangan biarkan kenangan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment